KATA PEMERI - IALAH DAN ADALAH
KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa
yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan
dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna-pengguna bahasa Melayu
sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau
perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Dalam bahasa
Melayu, terdápat dua bentuk kata pemeri, iaitu "ialah" dan
"adalah".
Menurut Kamus Dewan (halaman 439), kata pemeri
'ialah" bermaksud: (1) kata penghubung yang menerangan kata atau ayat yang
di depan; (2) kata penghubung yang mendahului ayat yang menyatakan sebab
terjadinya sesuatu. Sementara kata pemeri "adalah" berinaksud: (1)
'sesungguhnya' (digunakan pada permulaan ayat, kenyataan dan sebagainya); (2)
ia bermaksud "ialah" (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan
dengan huraian, penjelasan, dan sebagai yang mengenainya.
A. Kata
pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya;
(i) Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.
(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah
kekurangan tenaga pekerja
(iii) Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok.
B. Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Contohnya ;
(i) Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
(ii) Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti
jantung dan paru paru.
(iii) Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari
lahirnya.
Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam
ayat-ayat yang berikut:
(i) Bangunan yang tinggi itu "ialah"
kompleks membeli belah.
(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh
negera-negara
membangun "ialah" kekurangan tenaga kerja
profesional.
(iii) Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat
itu "ialah" peranan Bahasa Melayu dalam pembangunan luar bandar.
(iv) Fotosintesis "ialah" satu proses
tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.
Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri
"adalah" dalam ayat yang disenaraikana berikut:
(i) Banjir kali ini "adalah" banjir yang
paling besar pada tahun ini.
(ii) Keputusan itu "adalah" tidak adil.
(iii) Sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar
"adalah" pemodenan negeri Johor.
(iv) Tuntutan para pekerja di kilang itu untuk
kenaikan gaji "adalah" tidak wajar.
Pada umumnnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
Contoh:
(i) Pelajar-pelajar yang kena tangkap itu
"ialah" bukan pelajar-pelajar dan sekolah kami.
(ii) Siswazah yang baru lulus itu "ialah"
bukan untuk kakitangan kerajaan.
Selain penjelasan di atas, perlu juga diingatkan
bahawa kata-kata pemeri lazimnya tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau
kata ketja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam
ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:
(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan
tuan telah diluluskan.
(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa han
Raya Puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah"
disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan bahawa tanikh
pilihan raya telah ditetapkan pada han Selasa.
Ayat-ayat yang salah di atas sehanusnya berbentuk
seperti yang berikut:
(i) Dengan ini "dimaklumkan" bahawa
permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) Dengan ini "diisytiharkan" bahawa Han
Raya puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "disebabkan"
oleh kecuaian pemandu.
(iv) Anda "dimaklumkan" bahawa tanikh
pilihanraya telah ditetapkan pada han Selasa.
Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeni, iaitu
"ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat,
yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh:
(i) Gadis yang jelita itu "ialah" anak Pak
Mat.
(ii) Pakaian yang dipakai oleh Ali itu adalah terlalu
mahal.
Sebagai penutup, penggunaan kata pemeri itu
terbatas, dan amat tidak digalakkan dalam pembentukan ayat Bahasa Melayu.
Tetapi ramai pelajar masih menggunakannya tanpa mengetahui cara penggunaanya
yang sebenar. Dengan penerangan di atas diharapkan, para pelajar dapat
mengetahui cara penggunaanya dan akan menggunakannya dengan lebih jitu.
Dirujuk dan diubahsuai oleh Puan Idai dari
Tatabahasa Dewan, Edisi Baru, 1993.
Latihan Pengukuhan :
Cuba isikan tempat tempat kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah
atau adalah yang sesuai.
1. Dr Quek
yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas
penuntut sekolah ini.
2. Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.
3. Tiada
siapa yang menyangka dia _________
sangat garang orangnya.
4. Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada
penawarnya lagi.
5. Matlamat mengadakan lelaman web Bahasa Melayu ________ untuk memberi
pengajaran yang lebih berkesan.
6. Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan
itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.
7. Rumah
baru di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.
8. Salah
satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.
0 comments:
Post a Comment